๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐ ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐ข๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐
6 Ogos 2022 โ Daikin Malaysia Sdn. Bhd. kembali ke FRIM untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 6 Ogos 2022 lalu. Syarikat tersebut pernah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada Oktober 2016 dengan menanam 80 pokok.
Kali ini, seramai 32 peserta yang diketuai oleh Mitsuo Honda, Naib Presiden Kanan selaku Pengarah Bahagian Pembuatan menanam 40 pokok seperti merawan meranti (๐๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ข ๐ด๐ถ๐ญ๐ค๐ข๐ต๐ข), belian (๐๐ถ๐ด๐ช๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ฐ๐น๐บ๐ญ๐ฐ๐ฏ ๐ป๐ธ๐ข๐จ๐ฆ๐ณ๐ช), resak daun panjang (๐๐ข๐ต๐ช๐ค๐ข ๐ฏ๐ช๐ต๐ฆ๐ฏ๐ด), meranti kepong (๐๐ฉ๐ฐ๐ณ๐ฆ๐ข ๐ฐ๐ท๐ข๐ญ๐ช๐ด), keruing neram (๐๐ช๐ฑ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฐ๐ค๐ข๐ณ๐ฑ๐ถ๐ด ๐ฐ๐ฃ๐ญ๐ฐ๐ฏ๐จ๐ช๐ง๐ฐ๐ญ๐ช๐ถ๐ด), durian (๐๐ถ๐ณ๐ช๐ฐ ๐ป๐ช๐ฃ๐ฆ๐ต๐ฉ๐ช๐ฏ๐ถ๐ด), keladan (๐๐ณ๐บ๐ฐ๐ฃ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ฐ๐ฑ๐ด ๐ฐ๐ฃ๐ญ๐ฐ๐ฏ๐จ๐ช๐ง๐ฐ๐ญ๐ช๐ข), merbau (๐๐ฏ๐ต๐ด๐ช๐ข ๐ฑ๐ข๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ช๐ค๐ข), keruing latek (๐๐ช๐ฑ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฐ๐ค๐ข๐ณ๐ฑ๐ถ๐ด ๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฏ๐จ๐ข๐ต๐ถ๐ด) dan meranti tembaga (๐๐ฉ๐ฐ๐ณ๐ฆ๐ข ๐ญ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐ด๐ถ๐ญ๐ข).
โSebagai syarikat pembuatan penghawa dingin, Daikin sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf dan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar demi generasi akan datang,โ kata Mitsuo.
Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat (CCU) dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM ini diadakan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang bermula pada tahun 2021 sehingga 2025.
Info: Saifulhazlin Abd Rahim
Gambar: Saifulhazlin Abd Rahim, Nasirah Mohd Nasir.
#CSR_FRIM #FRIMTanamPokok #TreePlantingFRIM #PokokKitaKehidupanKita #OurTreesOurLife #100JutaPokok #Merbau #MalaccaTeak #MerbauPokokKebangsaan #PokokKebangsaan #PokokKebangsaanMalaysia #NationalTree
FRIM, 8 September 2022
DAIKIN X FRIM CSR Activity




